My Followers

Monday 14 May 2012

Kepentingan Air di Dalam Tubuh Manusia


Air adalah amat penting untuk kesihatan anda, tapi berapa banyak yang anda tahu mengenainya???? Tahukah anda 70% daripada tubuh kita terdiri daripada air. Air digunakan oleh semua organ dalam badan kita untuk membantu mengawal suhu badan. Ia juga bertindak sebagai pelembab kulit & membantu supaya darah dapat berjalan dengan lancar keseluruh tubuh kita. Bagaimanapun, air akan hilang daripada badan apabila kita dalam keadaan berpeluh, bernafas atau pergi ke tandas utk membuang air. Oleh itu, kita disarankan untuk minum air ( air kosong ye kawan2) sekurang-kurangnya 2 liter pada setiap hari... kalau korang nak tau korang tu cukup ker tak minum air senang jek... jika urine korang tu tidak berbau & berwarna jernih ( very light gold) / atau xder kaler langsung (jernih..bukan Sinar Jernih S/B ye kawan2)  tu maknanya anda telah mengambil/.meminum air yg secukupnya untuk tubuh badan anda... Jika sebaliknya pulak, korang pikir2 lah sendiri yekkk.... :P

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan.

  • Minum dua gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman. 
  • Minum segelas (1) air masak- 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan dapat memberi ruang di dalam perut untuk kemasukan makanan. 
  • Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah..
  • Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
Dalam situasi apa yang kita patut minum air lebih dari biasa ye?????
  • Jika cuaca terlalu panas, badan rasa tidak sihat ataupun ketika demam...
  • Ibu mengandung & menyusukan bayi.
  • Sebelum,semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti senaman..xkira la jogging ker/gym/poco2 ker minum air tu byk2 sket ye..coz masa kita melakukan senaman, air akn byk hilang dr badan kite.
  • Jika berada di didalam kapal terbang. Ini kerana udara di atas kabin sgt kering dan menyebabkan badan kita kehilangan air 1 ½ liter walaupun dalam masa perjalanan yang amat singkat.
  • Mereka2 yang mengamalkan /mengambil supplements tambahan. contohnya mcm vitamin C, B, E, Zink, GLA dan byk lagi laa...
Kesimpulannya, minumlah air yang secukupnya utk mengoptimumkan kesihatan badan kita sendiri, Selain dapat mencantikkan diri, ianya juga dapat memelihara kesihatan kita.!!! JOM Minum Air Kosong!!! 


0 si gojes sedang bersembang!:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee