My Followers

Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts

Saturday, 13 October 2012

Let go Set Safi Rania Gold - SOLD OUT!

Assalamualaikum.....

Aku nak let go set Safi Rania Gold aku ni dengan harga yg super duper murah......Ad sape2 x yg nak??? hehehhehe sebab aku dah bertukar menggunakan produk penjagaan muka yang lain pulakkkk....T__T
Safi Rania ni aku dah gunakan dlm sebulan lebih cam tu lah....tapi aku x disiplin pun menggunakannye hari2....kejap pakai, kejap tak...antara barangan yg terkandung dlm set ni adalah :

* Pencuci muka Safi Rania Gold 
* Toner Safi Rania Gold - 
* Pelembab Safi Rania Gold -
* Krim Malam Safi Rania Gold
* Krim Kecantikan Safi Rania Gold

Harga yang aku nak let go utk kesemua item diatas adalah RM17 sahaja ( Tidak termasuk postage tau

Jom layan pic kat bawah ni...


Set Safi Rania Gold


Pencuci Muka Safi Rania Gold

Krim Siang Safi Rania Gold

 Krim Malam Safi Rania Gold

Krim Kecantikan Safi Rania Gold


Kesemua item tersebut aku nak let go dengan harga RM17 sahaja ( tidak termasuk postage

Kepada yang berminat nak mendapatkannye boleh :
SMS : 019-6322311 -Eyza- ( SMS only ) 
Email : fz_fizam@yahoo.com

* Item ni telah digunakan ye..

p/s : kepada yang dah follow  / singgah kat belog aku ni rajin2 tinggalkan jejak anda diruangan comment ya...saya akan menjejaki anda semula... =)

Monday, 8 October 2012

Cara Merawat Resdung /Alergy / Eczema

Individu yang menghidapi resdung kebiasaannya mereka ini tersangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama,habuk,persekitaran dan juga alahan terhadap sesetengah makanan ataupun ubat-ubatan..... Untuk merawat dan mengatasi masalah resdung dan allergy ini, pengambilan supplemen adalah sangat2 diperlukan......

Antara supplemen yang boleh membantu dalam merawat masalah ini adalah :

 
heart Protein (Mealshake/SoyProtin),
 
heart B Complex, Vitamin C,
 
heart Alfalfa,
 
heart GLA
 
heart Vita-Lea

Kenapa ESP (Soy Protein)?


Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin ni ye ? sumber protein ni datang dari ikan, ayam, telur dan kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita memasak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hanya boleh hidup dalam suhu tidak lebih dari 37 *celcius...Sebab tulah kita digalakkan mengambil supplement protein ni... Jika sel kita mendapat protein yg mencukupi, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri2….



Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...


Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...


Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.



GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)

kepada yang nak tau lebih lagi ap keistimewaan GLA Complex Shaklee ni bleh klik : DISINI

CADANGAN SUPPLEMEN :

Pilihan 1 : Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa)

Pilihan 2 : Mealshake + GLA Complex +Alfalfa

Pilihan 3 : Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa) + GLA Complex

Pilihan 4 : Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa) + GLA Complex + ESP

Credit : SGL

Berminat nak mendapatkannya?????
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation : -



Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS / WHATSAPP / VIBER : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 1 October 2012

Gabungan Vitamin utk Kesihatan & Kecantikan Kulit



Vitamin C



Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A




Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E




Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

1) Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2) Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ  utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3) Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zinc Complex




Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Credit : SGL 



Berminat nak mendapatkannya????? 
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation  : -



Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday, 3 September 2012

Zinc Complex Shaklee membantu dalam penyembuhan luka??

Nama Produk : Zinc Complex
Kandungan sebotol : 120 biji
Cadangan sajian : 1 biji sehari


Metabolik Semulajadi
Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. 
  • Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink.
  • Zinc adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
  • Dengan rumusan sayur-sayuran.

Zink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Campuran suplemen zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.

Zink membantu dalam penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat & cantik...xkiralah luka bersalin/pembedahan/luka akibat jerawat/jerawat bernanah/ mahupun luka akibat kemalangan..ada yang mengatakan/berpendapat, kandungan zink yang tinggi boleh didapati pada ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin sangat2 digalakkan makan banyak ikan haruan/ pati ikan haruan! Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan , bolehlah digantikan dengan suplemen Zink complex ini.

Apa yang Zink boleh lakukan untuk kesihatan kita?

(1) Mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran & dalaman.
(2) Menghilangkan tanda putih di kuku ( jika anda mempunyai banyak white spots di kuku, maknanya badan anda tu kekurangan zink!)
(3) Mengembalikan rasa hilang selera makan.
(4) Membantu masalah ketidaksuburan (infertility).
(5) Mengelakkan masalah prostat.
(6) Menggalakkan pertumbuhan sihat (immune booster).
(7) Mengurangkan penempelan kolesterol.
(8) Bantu di dalam rawatan masalah mental (promote mental alertness).
(9) Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam.
(10) Mengurangkan masalah rambut gugur/ uban sebelum waktunya.

Bagaimana nak pilih suplemen Zink yang baik?

Zinc kebiasaannya boleh didapati di dalam multivitamin & multimineral yang berkualiti. Boleh juga di dapati di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg. Walaupun Zink bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), pengambilan dos Zink melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun.

Manakala, pengambilan dos Zink melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.

TIPS PENTING!

(1) Penambahan Zink ke dalam diet harian memerlukan penambahan Vitamin A yang seiring juga.
(2) Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
(3)Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi (Iron) serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.

Hubungi saya dan dapatkan consultation secara percuma jika anda ingin mencuba suplemen Zink Complex ini.

Eyza 

Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 14 May 2012

Kepentingan Air di Dalam Tubuh Manusia


Air adalah amat penting untuk kesihatan anda, tapi berapa banyak yang anda tahu mengenainya???? Tahukah anda 70% daripada tubuh kita terdiri daripada air. Air digunakan oleh semua organ dalam badan kita untuk membantu mengawal suhu badan. Ia juga bertindak sebagai pelembab kulit & membantu supaya darah dapat berjalan dengan lancar keseluruh tubuh kita. Bagaimanapun, air akan hilang daripada badan apabila kita dalam keadaan berpeluh, bernafas atau pergi ke tandas utk membuang air. Oleh itu, kita disarankan untuk minum air ( air kosong ye kawan2) sekurang-kurangnya 2 liter pada setiap hari... kalau korang nak tau korang tu cukup ker tak minum air senang jek... jika urine korang tu tidak berbau & berwarna jernih ( very light gold) / atau xder kaler langsung (jernih..bukan Sinar Jernih S/B ye kawan2)  tu maknanya anda telah mengambil/.meminum air yg secukupnya untuk tubuh badan anda... Jika sebaliknya pulak, korang pikir2 lah sendiri yekkk.... :P

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan.

  • Minum dua gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman. 
  • Minum segelas (1) air masak- 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan dapat memberi ruang di dalam perut untuk kemasukan makanan. 
  • Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah..
  • Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
Dalam situasi apa yang kita patut minum air lebih dari biasa ye?????
  • Jika cuaca terlalu panas, badan rasa tidak sihat ataupun ketika demam...
  • Ibu mengandung & menyusukan bayi.
  • Sebelum,semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti senaman..xkira la jogging ker/gym/poco2 ker minum air tu byk2 sket ye..coz masa kita melakukan senaman, air akn byk hilang dr badan kite.
  • Jika berada di didalam kapal terbang. Ini kerana udara di atas kabin sgt kering dan menyebabkan badan kita kehilangan air 1 ½ liter walaupun dalam masa perjalanan yang amat singkat.
  • Mereka2 yang mengamalkan /mengambil supplements tambahan. contohnya mcm vitamin C, B, E, Zink, GLA dan byk lagi laa...
Kesimpulannya, minumlah air yang secukupnya utk mengoptimumkan kesihatan badan kita sendiri, Selain dapat mencantikkan diri, ianya juga dapat memelihara kesihatan kita.!!! JOM Minum Air Kosong!!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee