My Followers

Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Monday, 8 October 2012

Cara Merawat Resdung /Alergy / Eczema

Individu yang menghidapi resdung kebiasaannya mereka ini tersangat sensitif pada perubahan cuaca, tekanan emosi, hama,habuk,persekitaran dan juga alahan terhadap sesetengah makanan ataupun ubat-ubatan..... Untuk merawat dan mengatasi masalah resdung dan allergy ini, pengambilan supplemen adalah sangat2 diperlukan......

Antara supplemen yang boleh membantu dalam merawat masalah ini adalah :

 
heart Protein (Mealshake/SoyProtin),
 
heart B Complex, Vitamin C,
 
heart Alfalfa,
 
heart GLA
 
heart Vita-Lea

Kenapa ESP (Soy Protein)?


Mereka yg berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Protein amat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protein yg bagus adalah bersandarkan protein dari tumbuh-tumbuhan berbanding protein haiwan.Ini kerana protein haiwan sangat tinggi dan berat untuk diproses oleh tubuh. Mana datangnya sumber protin ni ye ? sumber protein ni datang dari ikan, ayam, telur dan kekacang. Namun tahukah anda protin tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita memasak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protein hanya boleh hidup dalam suhu tidak lebih dari 37 *celcius...Sebab tulah kita digalakkan mengambil supplement protein ni... Jika sel kita mendapat protein yg mencukupi, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama, disamping mengurangkan masalah resdung/allergy... Secara langsung wajah akan nampak lebih berseri2….



Stress juga boleh menggangu sistem badan dan menyebabkan pelbagai penyakit. B Complex lebih dikenali sebagai vitamin “Anti-Stress”... B Complex mengandungi B6 - penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh, membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress...


Bagi yang menghidap allergy, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil “histamine”... “Histamine” akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit allergy lain. “Anti-histamine” biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini. Vitamin C bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan dadah anti-histamin. Vitamin C membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan), meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (immune sistem) dan meningkatkan penyembuhan tissue...


Alfalfa mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit (resdung) itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.



GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Menyokong sistem immune... Gabungan terbaik untuk mengurangkan radang ekzema dgn membantu mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal... GLA juga merupakan rahsia kepada kulit yg cantik (ini utk kesan jangka panjang kerana ia ada kaitan dgn hormon wanita)

kepada yang nak tau lebih lagi ap keistimewaan GLA Complex Shaklee ni bleh klik : DISINI

CADANGAN SUPPLEMEN :

Pilihan 1 : Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa)

Pilihan 2 : Mealshake + GLA Complex +Alfalfa

Pilihan 3 : Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa) + GLA Complex

Pilihan 4 : Set G (B complex, Vitamin C, Alfalfa) + GLA Complex + ESP

Credit : SGL

Berminat nak mendapatkannya?????
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation : -



Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS / WHATSAPP / VIBER : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 1 October 2012

Gabungan Vitamin utk Kesihatan & Kecantikan Kulit



Vitamin C



Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A




Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E




Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

1) Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2) Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ  utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3) Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zinc Complex




Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Credit : SGL 



Berminat nak mendapatkannya????? 
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation  : -



Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, 20 June 2012

VIT C Shaklee for Glowing Skin!!!


Biasa kita dengar Vitamin C  boleh mencantikkan dan melicinkan kulit badan seperti yang diperkatakan di dalam media massa, majalah hiburan atau surat khabar , terdapat artis hollywood tidak kurang artis tempatan juga telah mengambil suntikan Vit C untuk kekal jelita.Sejauh manakah kebenaran fakta itu??????

Vitamin C iaitu juga dikenali sebagai Ascorbic Acid merupakan vitamin yang larut air amat diperlukan kerana ianya tidak dapat dibina secara semulajadi oleh tubuh badan manusia.Oleh yang demikian ianya perlu diambil secara pemakanan atau suntikan.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan penyakit Scurvi  iaitu melemahkan muscle, gusi berdarah , kehilangan gigi , kulit berdarah dan juga mudah keletihan dan depress. Malah kurangnya vitamin C di dalam tubuh badan juga akan mengakibatkan luka lambat sembuh.

Kekurangan Vitamin C biasanya terjadi kepada individu yang menghadapi AIDS,cancer,ulser perut,perokok, stress yang berpanjangan, pesakit yang menjalani surgery, individu yang berada di tempat sejuk dalam jangka masa yang panjang dll.

Fungsi Vitamin C

1.Membantu tubuh badan menghasilkan kolagen iaitu struktur utama dalam saluran darah, gigi, gusi, rambut, kulit , tendon dan ligament.

2.Vitamin C penting untuk mengawal level nitric oxide iaitu bahan kimia semulajadi yang membantu dalam mencegah pengerasan saluran darah oleh itu membantu mencegahpenyakit darah tinggi,sakit jantung ,stroke (angin ahmar),kerosakan buah pinggang dan sebagainya.Mencegah penyakit barah kerana fungsinya sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel-sel badan.

3.Membantu detoksifikasi bahan pencemar di dalam tubuh badan seperti (plumbum dan raksa)

4. Membantu metabolisme kolesterol di dalam badan justeru mengelakan penyakit batu karang pada hempedu dan mengurangkan kolesterol dalam darah.

5.Mengurangkan tahap penyakit (severity) demam, batuk dan selsema 

6. Membantu dalam penyerapan zat besi yang diperlukan oleh badan untuk pembentukan darah, brains development , kontrol aktiviti otot.jika kurang nya zat besi memberi kesan kepada immune sistem badan kerana T-cell yang diperlukan untuk antibodi berkurang. 

Lihatlah betapa pentingnya Vitamin C dalam tubuh badan manusia.

RISK jika Vitamin C terlebih dos penyakit batu karang,diarrhea dan nausea

Bagaimana untuk mendapatkan Vitamin C sumber makanan semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ,supplements vitamin C dalam bentuk askorbic asid seperti :


SHAKLEE Sustained Release VITA- C

-menawarkan perlindungan perlepasan terkawal semula jam demi jam dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk memberikan bekalan vitamin C kepada tubuh badan secara lembut dan berterusan.

Sumber Makanan yang kaya Vitamin Cbuah-buahan seperti strawbery, buah sitrus seperti oren dan tomato, sayur brokoli,honey dew 

Pregnant dan breasfeeding mommies dicadangkan untuk mengambil lebih Vitamin C dalam diet harian.Smoking juga mengurangkan kadar vitamin C di dalam badan.Jadi perokok tegar, perokok shisha dicadangkan untuk mengambil lebih Vitamin C.

(source : Dr. Norman ,healthyvitaminsguide )

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

SMS / WHATSAPP / VIBER : 019-6322311  
Email : fz_fizam@yahoo.com

P/S : jangan lupa tau nyatakan masalah kulit yang anda hadapi supaya mudah untuk saya consult anda =D
        dan kepada yang nak dapat harga istimewa dari saya sila nyatakan " SAYA MAHU HARGA YG SUPER DUPER ISTIMEWA


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee