My Followers

Wednesday 28 November 2012

Erkkk....Perlu ker Ujian Pap Smear???

Assalamualaikum....

Dah lame giler rasanye xupdate blog ni kan??? hehhehehe...Sorry lah..aku busy sikit dengan kerja + Project Pertunangan my BFF..hope everything run smoothly insyaallah....

berbalik pada tajuk kat atas tuh...iaitu PAP SMEAR...Erkkk..ape tuh??? mesti ramai yg tertanye2 kan??? 
haaaa..ape lagiiii..jom bace!!! 
**** Psssttt.. ni untuk orang yg dah kawen jek tau....heehheehhe =P

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks, kemudian tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Mengapa ia sangat penting???

1. Ujian PAP SMEAR dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Bila waktu yang sesuai melakukan ujian pap smear ni ?

Ujian pap smear hendaklah dilakukan setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala..

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia  terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akn memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol.      Seterusnya, ia 
dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak lah begitu menyakitkan... lebih baik sakit sekarang dari pada sakit di kemudian hari kan???kan?? kan???....

Apakah kelebihan lain pap smear ni?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bilakah boleh mengetahui keputusan pap smear ?

Kite boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

1. Radang serviks yg disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus/ jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V.

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin/klinik desa yang berdekatan atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.


So kepada yang dah berkahwin tu elok cepat2 lah buat ujian pap smear tu ye..( hehehehehe..ingatan juga utk diri sendiri) untuk kesihatan kite dan membantu kite mengesan sebarang perubahan pra kanser & melakukan pencegahan awal sebelum terlambat... hehehhehe..mencegah itu lebih baik dari mengubati...fikir2 kan dan selamat menjalani ujian pa smear!!! 

Love

CPM Eyza

2 si gojes sedang bersembang!:

Nurul Ain said...

hari tu nurse dah suruh buat dah...tapi seriau kene seluk sebelum bersalin ade lagi...
hihihi...

LF Eyza said...

ye ker gadis?? huaaa.. nak buat, tapi takut la pulakkk...wuwuuwuwuwuuwwu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee