My Followers

Wednesday 28 November 2012

Erkkk....Perlu ker Ujian Pap Smear???

Assalamualaikum....

Dah lame giler rasanye xupdate blog ni kan??? hehhehehe...Sorry lah..aku busy sikit dengan kerja + Project Pertunangan my BFF..hope everything run smoothly insyaallah....

berbalik pada tajuk kat atas tuh...iaitu PAP SMEAR...Erkkk..ape tuh??? mesti ramai yg tertanye2 kan??? 
haaaa..ape lagiiii..jom bace!!! 
**** Psssttt.. ni untuk orang yg dah kawen jek tau....heehheehhe =P

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks, kemudian tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Mengapa ia sangat penting???

1. Ujian PAP SMEAR dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Bila waktu yang sesuai melakukan ujian pap smear ni ?

Ujian pap smear hendaklah dilakukan setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala..

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia  terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akn memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol.      Seterusnya, ia 
dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak lah begitu menyakitkan... lebih baik sakit sekarang dari pada sakit di kemudian hari kan???kan?? kan???....

Apakah kelebihan lain pap smear ni?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bilakah boleh mengetahui keputusan pap smear ?

Kite boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

1. Radang serviks yg disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus/ jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V.

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin/klinik desa yang berdekatan atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.


So kepada yang dah berkahwin tu elok cepat2 lah buat ujian pap smear tu ye..( hehehehehe..ingatan juga utk diri sendiri) untuk kesihatan kite dan membantu kite mengesan sebarang perubahan pra kanser & melakukan pencegahan awal sebelum terlambat... hehehhehe..mencegah itu lebih baik dari mengubati...fikir2 kan dan selamat menjalani ujian pa smear!!! 

Love

CPM Eyza

Monday 19 November 2012

Manfaat GLA Shaklee

Nak tau ap itu GLA dengan lebih lanjut boleh klik DISINI yea... Hari ni sy nak story pasal perbezaan GLA Shaklee yg super duper hebat!!!!!

Perbezaan Shaklee :

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mane ia nya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana a mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Manfaat Utama :

smile*heart Tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
*Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone  lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
* Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus,memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
* Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
* Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
* Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan.
* Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
* Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
* Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekana darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
* Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
Hiperaktif and Autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

GLA bukan sahaja untuk wanita

Ramai orang beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperoleh dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makana), remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andrapause (menopaus lelaki).

Berminat nak mendapatkannya?????
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation : -



Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday 13 November 2012

Review : Silky Girl Double Intense Gel Eyeliner

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak buat review pasal Silky Girl Double Intense Gel Eyeliner yang aku dah pakai hampir 1++ bulan...




APA YANG BEST NYER???

<3 Hitam pekat : Kaler die hitam & pekat ..mmg cun la kalau pakai..nampak dramatik sgt!
<3 Tekstur yg lembut : Teksturnye lembut & mudah utk diaplikasikan di kelopak mata serta cepat kering.
<3 Smart Product :Design yg sgt comel & mudah utk dibawa kemana sahaja! xpayah dah nak bawak berus  bagai...2 in 1 ok!
<3 Tahan lama : Tahan lama sebab boleh pakai berbulan2 lamanya even hari2 aku sental, walaupun xkuar rumah pun =P..ye..bersolek utk tatapan suami itu besarrr pahalanya ye cik2 dan puan2 sekalian...
<3 Harga yg berpatutan : harga yg berpatutan & mampu milik RM23.90 jek..kalau nak murah lagi, beli la time watson buat SALE!!!
<3 Mudah didapati : Senang nak dapat kat mane2 pun ad jual.. pasaraya, kat Watson/Guardian/Alpro dll..

biasalah..tiap 1 produk tu mesti ad pro & kontranya..Xsemestinya produk tu sesuai utk korang, sesuai gak kat aku kan????.... betul tak???? ok kat bawah ni aku listkan ap yg aku rasai selepas pemakaian selama 1++ bulan...

YANG XBESTNYER.........

Jeng...Jeng...Jenggggggggg.....

:( Mudah comot! : Arghhhhh...paling membencikan aku apabila pakai ap2 jenis eyeliner ialah COMOT! daripada aku feel2 nak dapatkan efek mata ala2 bambi eye, jadi panda eye pulak......Memula pakai mmg superb! cun jek..tapi dah 2 jam++, kene plak jenis  skin aku yg mmg  kaya dgn sumber minyak semulajadi ni ( oily skin) ,  kat  bahagian mata aku dah ad 2 line.. aduss..benar2 memalukan!  so aku telah membuat keputusan hanya akan memakainya utk duduk dirumah/keluar beli ikan kat pasar jek...


Nak kasi bintang berape??? : Hurmm.. 3 bintang je buleh???

Re-purchase??? : maybe not.....aku nak cari yg lain...

hehehhehe.....

Sekian terima kasih....


Monday 5 November 2012

Wordless Monday

Wordless Monday~~~~ Jemput LIKE pageshop saya:



 


 Sokongan daripada anda semua adalah sangat2 dihargai... Salam sayang, CPM Eyza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee