My Followers

Friday 28 September 2012

Haul : Etude House


Dah lame rasenye xupdate pasal barang2 mekap kan????hahahahahha..semenjak xkeje ni, nak beli barang2 mekap kene pikir 10x kot…huhuuhuhuuhuhu… *dush3x*
Last week , aku berkesempatan pergi jalan2 kat Melaka…ceh padahal balik kampung…Aku  paling suka la shopping barang mekap kat Jusco Aeon Bandar Melaka..pasal senang nak cari parking + aku xperlu bersusah payah meredah jamm ~~~

Ni lah antara barang mekap yg sempat aku angkut mase shopping2 kat Etude House…tu pun pasal amoy tu bgtau, kalau beli 3 barang, can get less 30%...Oh wow!! Pandai betul trik bisnes dieorg ni utk up kan sales…wawawawaawa..aku ni dah name perempuan, mmg pantang dengar sales2 ni…

Proof 10 Eye Primer

Sebenarnye xtau nk mula dari mane, kite start dgn “ Proof 10 Eye Primer”  dulu la ye…Eye Primer ni digunakan sebagai base utk mekap mata sebelum korang tenyeh eye shadow/eyeliner korang tu kat kelopak mata… Ia digunakan utk memastikan mekap mata kite mampan, tahan lama & utk memastikan colour eye shadow tu lebih menonjol bila disapu kat kelopak mata korang....

Styling Eye Liner

Seterusnya, Styling Eye Liner in white colour…haaa..kalau yg ni mmg dah lame aku dok usha2 benda alah ni….coz koleksi yg aku ad tu kureng  sesuai bila apply kat mata aku … Ok white eye liner ni digunakan utk mendapatkan effect mata besar mcm Barbie doll !!!.. Tekstur nya lembut, mudah utk apply kat mata + ad kesan shimmering…I likeeeee……Stakat ni mmg puas hati la pakai white eye line form Etude House niyh…

Span  for foundation/compact powder
Next item ni for sure, korang lagi tererlah dari aku…;P  ianya adalah span for foundation/compact powder…..dan sudah tentu korang pun tau n pro mcm mane cara nak menggunakannye.... hehehhehehe…jadik ak xyah la bg tau lagikkk….

Oh yea, 2 lg item tu free gift yg aku dpt dr Etude House iaitu :

Precious Mineral Sun BB Cream SPF 30/PA++ & SPF 50+/PA++
yang kaler white kat sebelah kiri tu Precious Mineral Sun BB Cream SPF 50+/PA++ Whitening & Anti Wringkle, Anti Darkening & Long Lasting Waterproof… belah kanan yang kaler pink  tu plak Precious Mineral BB Cream Bright Fit SPF 30/PA++ kedua-dua BB Cream ni aku xmenerai lagik..so xtau serasi ker dengan kulit muka aku…

AC Clinic Daily Skin Care Kit
Yang sebelah kiri tu, AC Clinic Daily Toner di gunakan selepas mencuci muka….gunakan spt toner biasa….yang  sebelah kanan tu plak AC Clinic Daily Gel Lotion digunakan selepas memakai toner  yang bertindak sebagai pelembab….yang ni pun aku xterai lagik, so xtau sejauh mana keberkesanannye pd kulitku ini..muehehehhehehe…
Ok cukup setakat ni dulu…

Tatatititutu….







Tuesday 25 September 2012

Vintage Accessories ♥

Assalamualaikum.....

Owl Accessories
Code : Love Owl
Price : RM10 Not Including postage 
Measures: 70.0 cm (length), owl pendant size: 5.0 cm * 7.0 cm

Postage : RM 7 (Semenanjung), Sabah / Sarawak RM 9

Owl Accessories
Code : Love Owl- Ocean Blue
Price : RM10 Not Including postage 
Measures: 70.0 cm (length), owl pendant size: 5.0 cm * 7.0 cm
Status : AVAILABLE!

Owl Accessories
Code : Love Owl -Green
Price : RM10 Not Including postage 
Measures: 70.0 cm (length), owl pendant size: 5.0 cm * 7.0 cm
Status : AVAILABLE!

Owl Accessories
Code : Love Owl-Orange
Price : RM10 Not Including postage 
Measures: 70.0 cm (length), owl pendant size: 5.0 cm * 7.0 cm
Status : AVAILABLE!

Owl Accessories
Code : Love Owl - Yellow
Price : RM10 Not Including postage 
Measures: 70.0 cm (length), owl pendant size: 5.0 cm * 7.0 cm
Status : AVAILABLE!

Untuk Order :
1) SMS ke :019-6322311 for fast respond -Eyza (SMS ONLY)
2) Email ke : fz_fizam@yahoo.com

Salam Sayang,
CPM Eyza










Monday 24 September 2012

DIY Inner Turban Satin

Assalamualaikum.....

Masih ingat lagik tak sebelum ni sy ad post pasal  DIY Inner Silang tu???? hari ni sy nak interprem pic inner turban yg ditempah oleh bff sy tu plak ...
Skang inner turban tu dah siap sepenuhnye... jom2 tengok2... 
( hahahha..ko igt cantik sgt kew design ko tu senah oiiii) 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tara!!!!!!
Ni lah die inner turban style aku....sangat2 simple selaras dgn demand my bff tu...tapi aku xleh la tunjuk overall ye..kang hilang plak serinyer..wakakkakaka...
insyaallah, jika my bff mengizinkan utk picnye di interpremkan kat blog aku mase digayakan dimajlis pernikahannye nti, sy akan post ye gambarnye..klu x, kirim salam di angin lalu jek la....hehhehehe 
oh ye, inner ni bukan saje sesuai utk majlis pernikahan tau..kalau nak pakai time bersanding/majlis makan malam/g umah terbuka/kenduri kawen ke ap semua boleh..yg penting, gunakan kreativiti anda utk berfesyen agar tak kelihatan janggal & pelik/over2 lak...
Ok..cukup stakat tu jek..jumple di lain entri plak...
Skang ni sy tengah dok siapkan beading kat shawl pulakkkkk...

tatatititutu..... 



Saturday 15 September 2012

DIY Inner Silang

Assalamualaikum....

Beberapa hari yg lepas, seorang teman telah meminta saya utk designkan & buatkan inner tudung & jugak shawl utk digayakan di majlis hari bersejarahnya pada bulan depan...sebab die mmg la tersangat busy..mmg xder masa la utk fikirkan idea2 lain utk tudung yg akan dipakainye nanti....heeee.. 
Saye menerima tawarannya dgn senang hati memandangkan sekarang sy pun tak berapa busy....
Saye mmg laju jek bab2 kerja2 design & men "DIY" niyh....hahhahahaha....Ok xnak citer panjang2 inner silang dah pun berjaya disiapkan ...meh2 nak tunjuk gambonye....   
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Ni pic semasa proses pembikinan...ehehehhee....

Ni plak pic selepas siap dijahit... =P 

Untuk teman yg sorang ni, sy akan gabungkan inner silang ni + inner turban full beading kat bahagian kepala...skang inner turban ni masih lagi dlm proses menjahit manik pada bahagian atasnya..
once dah 100% siap, sy akn upload ya... thhehehehhe....harap2 teman sy tu suka & berpuas hati dengan hasil kerja saya nti =P


Wednesday 12 September 2012

Khasiat Alfafa Complex Shaklee

Picture Source :  kredit to en google

Pernahkah anda mendengar sejenis tumbuhan yang bernama alfafa???? mesti ad yang pernah dengar & ada jugak yang xpernah dengar/ xtau langsung mengenai alfafa ni kan??? ok lah, xyah pening2...saya kan cerita serba sedikit mengenai Alfafa ini yea.... 

Alfafa adalah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud : "Raja kepada segala tumbuhan" Alfafa merupakan sejenis tumbuhan herba yang menakjubkan dan digunakan secara meluas bagi merawati pelbagai jenis penyakit di seluruh dunia. Alfafa atau nama saintifiknya "Medicago Sativa" merupakan tumbuhan dari kalangan keluarga kekacang yang mana akarnya mampu menjalar kebawah tanah sehingga mencecah 20 -30 kaki jauh ke bawah tanah dan berupaya menyimpan & menyerap mineral yang tidak mungkin boleh kita didapati di permukaan tanah. 


Alfafa Complex Shaklee

Alfafa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh dr Shaklee pada tahun 1950-an. 

Alfafa Complex Shaklee diperbuat daripada tanaman alfafa secara organik di california yang bebas dari petisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki kedalam tanah. Daun alfafa dari shaklee hanya dituai setelah ia mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil dan daun2 ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. manakala bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan.

Kemudian, daun2 yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet. keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfafa yang mana 10 biji alfafa tersebut menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu!!!

Manfaat utama Alfafa : 

Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan :

* Protein
* Asid Amino
* Klorofil
* serat
* 15 zat galian
* 10 Vitamin
* 8 Enzim
* Fitokimia

Antara khasiat Alfafa ini adalah :

heart Mencuci hati, darah & usus - Ia adalah makanan yang sangat berakali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

heart Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan & ulat air dengan berkesan.

heart Baik utuk perubahan patologi dalam perut dan usus - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.

heart Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfafa ini akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit janjung, stroke dan darah tinggi. Hanya Alfafa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertidak sebagai serat yang mampu menyerap kolesterol...so kepada yang nak kuruskan badan/ mengurangkan kadar kolesterol dalam badan mmg sgt2 sesuai utk memakan alfafa ni...

heart Melawan Tumor - Alfafa bertindak utk mengalkalikan badan, dengan itu, dapat memperbaiki sel2 kanser dan membuang tumor!.

heart Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan rawatan kepada kebnayakan jenis penyakit.

heart Mencegah & merawat atritis - Melegakan atritis dan kesakitan.

Wah... banyaknye kelebihan alfafa ini utk kecantikan dan jugak kesihatan kepada manusia!!! Rugi kepada individu2 yang tak mencubanya... =)

Berminat nak mendapatkannya????? 
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation  : -



Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS / WHATSAPP / VIBER  : 019-6322311 | Email ;  fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Tuesday 4 September 2012

Collagen Powder Shaklee- Nak tahu apa rahsia untuk rasa lebih sihat,menawan dan kulit lebih muda jelita?

Nak tahu apa rahsia untuk rasa lebih sihat,menawan dan kulit lebih muda jelita? 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


TUJUH Kesan-kesan dan Faedah-faedah mengambil kolagen ialah:

(1) Anti Penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus.
(2) Menghidratkan - melembapkan kulit, kurang rasa kering dan kulit terkupas pada muka.

(3) Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
(4) Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
(5) Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
(6) Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
(7) Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Bukan itu jek tau.........ada lagi kelebihan yang lain iaitu :

Faedah tambahan kolagen ialah, menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Kolagen juga mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.


Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas  menggunakan selama 8 minggu* 

Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Berminat nak mendapatkannya????? 
Sila hubungi saya segera untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation  : -


Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS / WHATSAPP / VIBER  : 019-6322311| Email : fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rahsia B-Complex Shaklee



Apakah makanan yang mengandungi zat vitamin B ?
Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah itu B Complex ?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu :
* thiamin (B-1)
* riboflavin (B-2)
* niacin(B-3)
* pantothenic acid (B-5)
* pyridoxine (B-6)
* folic acid (B-9)
* cobalamin (B-12)
* Biotin.

Apakah kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?



Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee juga dilengkapi dengan Sistem penyerapan Bioaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :

* Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin

* Peningkatan penghantaran zat
* Tablet yang mudah ditelan
* Sistem penyerapan bioaktif berpaten

Siapa sebenarnya yang perlu B complex ni ye?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang :-

a) Terdedah kepada sinaran matahari
b) Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
c) Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
d) Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
e) Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
f) Mereka yang nak nampak cantik dan muda
g) Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
h) Wanita yang mengambil pil perancang


So kepada sesiapa yang inginkan kulit yang cantik, awet muda, ( wowww!!! saya suka bab2 awet muda niyh~~~~) nak kan badan lebih rasa bertenaga,sihat, ceria, mood yang stabil di samping dapat mengawal stress yang anda hadapi...( mmg sangat sesuai diambil oleh individu2 yg mengalami bebanan / tekanan kerja yg melampau/ atau kerja xtentu masa,balik lewat2 malam, atau yg kerja yg asyik kene oncall jew )

sumber : credit

Berminat nak mendapatkan VITAMIN B Shaklee ini????? Sila hubungi saya melalui medium di bawah untuk mendapatkan keterangan lanjut serta free consultation  : -


Eyza
Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday 3 September 2012

Zinc Complex Shaklee membantu dalam penyembuhan luka??

Nama Produk : Zinc Complex
Kandungan sebotol : 120 biji
Cadangan sajian : 1 biji sehari


Metabolik Semulajadi
Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. 
  • Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink.
  • Zinc adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
  • Dengan rumusan sayur-sayuran.

Zink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Campuran suplemen zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.

Zink membantu dalam penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat & cantik...xkiralah luka bersalin/pembedahan/luka akibat jerawat/jerawat bernanah/ mahupun luka akibat kemalangan..ada yang mengatakan/berpendapat, kandungan zink yang tinggi boleh didapati pada ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin sangat2 digalakkan makan banyak ikan haruan/ pati ikan haruan! Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan , bolehlah digantikan dengan suplemen Zink complex ini.

Apa yang Zink boleh lakukan untuk kesihatan kita?

(1) Mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran & dalaman.
(2) Menghilangkan tanda putih di kuku ( jika anda mempunyai banyak white spots di kuku, maknanya badan anda tu kekurangan zink!)
(3) Mengembalikan rasa hilang selera makan.
(4) Membantu masalah ketidaksuburan (infertility).
(5) Mengelakkan masalah prostat.
(6) Menggalakkan pertumbuhan sihat (immune booster).
(7) Mengurangkan penempelan kolesterol.
(8) Bantu di dalam rawatan masalah mental (promote mental alertness).
(9) Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam.
(10) Mengurangkan masalah rambut gugur/ uban sebelum waktunya.

Bagaimana nak pilih suplemen Zink yang baik?

Zinc kebiasaannya boleh didapati di dalam multivitamin & multimineral yang berkualiti. Boleh juga di dapati di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg. Walaupun Zink bertindak sebagai penggalak imun (immune booster), pengambilan dos Zink melebihi 150mg sehari boleh merencatkan tindakbalas sistem imun.

Manakala, pengambilan dos Zink melebihi 1000mg boleh menyebabkan penghasilan toksin di dalam badan.

TIPS PENTING!

(1) Penambahan Zink ke dalam diet harian memerlukan penambahan Vitamin A yang seiring juga.
(2) Zink bertindak dengan efektif dengan kehadiran Vitamin A, Kalsium dan Fosforus.
(3)Elakkan pengambilan suplemen Zink dan Zat Besi (Iron) serentak, kerana kedua-duanya mengganggu aktiviti satu sama lain.

Hubungi saya dan dapatkan consultation secara percuma jika anda ingin mencuba suplemen Zink Complex ini.

Eyza 

Shaklee Independent Distributor [ID No : 868983]
SMS : 019-6322311| fz_fizam@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee