My Followers

Thursday 31 May 2012

Andai ku Bercinta Lagi - Mojo

Andai ku Bercinta Lagi - Mojo

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni????

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

P/s : Buat teman ku yg sedang dlm kedukaan akibat ditinggalkan, jgn jadikan kekecewaan semalam pembunuh masa depan kau...Bangun segera wahai teman, kembalikan senyumanmu...Aku sentiasa ad dcc kau... Trust me, MASA akan merawat segalanya...

Bila harus memilih

Assalamualaikum.....

Jam telah menunjukkan hampir jam 2 pagi...tapi mata ni xreti2 nak mengantuk lagik... Nape tah....huhuuhuh
btw, last week aku ad citer pasal nak terima ker tidak tawaran keje kat sykt perkapalan tu kat SINI .. Setelah puas mengkaji pro & kontra, buat solat istikharah,minta padangan drpd en hubby, family,sahabat,teman & kawan2. Akhirnya aku mendapat jawapan yg pasti..walaupun pada awalnya sukar untuk membuat pilihan, tapi aku harus memilih...ya aku akui, ini keputusan yg agak sukar utk aku lakukan....Yelah, peluang hanya akan datang sekali jek dlm hidup...... tapi setelah melakukan solat istikharah, gerak hati ni lebih untuk mengatakan TIDAK kepada tawaran tersebut...KENAPA??? aku rasa xperlulah aku nk story kat sini...tapi sesiapa yg tahu & ad pengalaman bekerja didunia perkapalan,engineering & service tau lah berapa harga pengorbanan dan masa yang harus dibayar utk memasuki dunia marine niyh.....bab gaji yg diterima mmg berbaloi dgn pengorbanan yg terpaksa dilakukan... tapi xguna gak kalau banyak duit, tapi family entah kemana & masa untuk diri sendiri pun mcm xder... tu pada pandangan dan pendapat akulah... 'kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai'  so pikir lah sendiri yep....

Dikesempatan ini juga, aku  ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada en hubby, family, sahabat2,teman, geng2 bloggger dan kawan2 semua yg telah banyak memberikan pandangan & pendapat masing2....Thanks sgt2 kat semua.... dan thanks jugak kepada teman yg sentiasa menyokong aku dlm ap juga keputusan yg aku ambil.... Love u all =)



Ikhlas dari hati,

Saturday 26 May 2012

Kisah Seorang Teman

Assalamualaikum.... =D
Tetibe malam ni aku tergerak hati plak nak mengabadikan tentang seorg TEMAN yg telah hadir dlm kehidupan aku disaat aku benar2 perlukan seorg teman utk aku bercerita & berbicara tentang ap juga perkara dan issue... xkisahlah berkenaan peribadi / keje..tapi mostly pasal keje lah...aku rasa die sgt2 memahami + byk bg aku semangat disaat aku hampir2 terjatuh......Selain hubby aku, die adlah antara teman yg terapat yg ad disisi aku pada ketika dan saat2 getir tu...Sakit??? ah...xperlulah aku nak cerita sakitnya pada ketika dan waktu tuh...hanya kau yg tau keaadaan aku waktu tuh.... Kau jek yg slalu nak ambil pusing pasal aku, tanye aku hari2 Y,Y,Y,Y & Y .....kenapa bagaimana,siapa,bila dan dimana...Walaupun dah hampir setahun lebih kenal ( kenal gitu2 jek..xrapat pun..nak sembang jauh sekali...) tapi sejak kejadian tu, kau tetibe hadir & close dlm hidup aku tanpa disedari + sentiasa bersedia utk mendengar segala luahan aku...xkiralah ap pun yg aku ckp..kau setia mendengar....Aku rasa xperlulah aku perkenalkan siapa dia....tapi cukuplah sekadar hanya dia dan aku jek yg tau... Biarlah menjadi rahsia segala identiti dirinya....  

Walaupun baru jek sgt2 rapat, byk benda yg aku blaja dr kau...Temanku ini jugak yg banyak menyedarkan aku tentang sesuatu perkara yg aku xsedari kerana terlalu buta nk menilai permata / kaca / plastik yg ad dihadapanku.. Walau kata2 nya kadang2 berdesing di telinga aku yg mendengarnya niyh, tapi itulah sebenarnya kenyataan... Sememangnye kata2 die ad kebenaran yg slama ni aku sendiri xnampak!!! Thanks sgt2 kat kau **** Tettttttttttttttttttttt....xleh bg tau fullname.

Pada teman tersebut, thanks 4 being my friend yg sudi mendengar segala luahan hati mahupun permasalahan aku dari yg seringan-ringanya hinggalah seberat-beratnya... thanks coz kau slalu menyokong aku dlm ap juga keadaan...Thanks coz kau  percayakn aku...slalu buat aku tersenyum..xkurang jugak buat aku menyirap dgn kata2 kau..tapi ap yg kau ckp tu mmg betul pun......Thanks coz slalu meniupkan semangat utk aku disaat aku hampir putus asa dan hilang punca.....walaupun aku tau, kau mmg tidak setuju langsung dgn keputusan yg aku dah buat..mcm2 yg kau ckp supaya aku menarik kembali keputusan tersebut dan laluinya seperti biasa...tapi, maaf, aku terpaksa...aku dah tak sanggup lg nak menghadapinya......mengalah bukan bererti aku kalah.... Ap pun, ****, kau tetap teman aku today, tomorrow & forever !!!!  


pic source : incik google

Wednesday 23 May 2012

Ya atau Tidak??????????

Jumaat lepas 18/05/2012 pada pukul 3.30pm telah menghadiri temuduga di slah sebuah sykt pelancongan..Aku saje2 jek apply jawatan sbg kerani pelancongan ( ceh,berubah angin plak ye kau). Dengan xberape  nak excited + langsung xprepare..aku pergi jek la bwk sijil2 n resume aku mane yg patut utk temuduga tersebut... mase tu aku bertiga jek yg di interview, aku leha ( aku baru kenal budak ni ) & sorang kakak tu... Dlm hati aku, pehhh..for sure la aku xdpt jawatan niyh..coz aku mmg xder experience langsung dlm bidang pelancongan!!! haaa..hambik kau!!!! 
Turn aku yg paling last sekali ditemuduga & paling lame..hadoiiiii....
dipendekkan citer, calon incik boss aku tu dok belek2 resume & die tgk aku ni more to engineering....mmg xsesuai langsung la jadik kerani katenyer...jadi die offer aku utk masuk bidang MARINE engineering ..as a Jr Eng.. Glup3x!!! aku terkedu...betul ke idak niyh??? aku dah jadi berserabut....dlm kepala otak aku ni dah terbayang mcm2 ( aku kan suka berimaginasi) ... mmg mereka beria2 nak aku masuk ke bidang tersebut & calon incik boss aku sendiri yg akan train aku ( haaaaa???? biar betul diorang ni getusku..mcm x masuk dek akal jek plak) ke senang die nak dera aku masuk dlm tangki kapal tuh ?? ye laaa....dgn  size  aku yg mmg kecik molek ni mmg sesuai masuk dlm tangki tuh kan??? hahahahhahah... Mereka nak aku lapor diri pada 28/05/2012 ni... tinggal beberapa hari jek lagi.... 
tapi aku masih berfikir2 lagik nak terima ker tidak tawaran tu????
terlalu byk benda yg aku fikirkan...tambahan plak aku sorang jek perempuan kat situ len semua lelaki...ishk...boleh ker?? balik da la xtentu masa...silap2 4-5 pagi pun aku still kat pelabuhan..x ker gila keje cam tuh??? Gaji??? mmg lumayan...tapi byk benda yg terpaksa di korbankan...aku rasa mcm xsanggup jek plak.... huaaa...... sehingga skang aku still xder jawapan yg pasti lagi...

Nak ker tak nak?????

Ya atau Tidak?????

Boleh ker aku bekerja dalam ni???


Dalam situasi yg begini????? 
Huargghhhh panassss tuuu...

?????????? 
aku masih tiada jawapan yg pasti!!!!!


Sekian terima kasih..saya masih tiada jawapan untuk itu sehingga hari ini... 
Ya Allah, kau berikan lah aku petunjuk yg terbaik utk ku...
Amin....










Natural Bamboo Slimming Suit RM39


NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT ♥


Price : RM39 Not Include postage fee






NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT ♥

Price : RM39 Not Include postage fee

Postage fee : RM 7 for semenanjung & RM9 for sabah/Sarawak


SIZE(S-M)
HIP:84-98
WAIST:62-76
WEIGHT:45-60KG

SIZE(L-XL)
HIP:98-105
WAIST:76-81
WEIGHT:60-80KG

MATERIAL:80% NYLON
:20% SPANDEX



NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT DIPERBUAT DARIPADA BAHAN SEMULAJADI YG ANTI KUMAN IAITU GETIAN ARANG BULUH(BAMBOO CHARCOAL),

ARANG BULUH DAPAT MENGHALANG BAU,MENGHINDARKAN PELUH MENYESUAIKAN KELEMBAPAN.
SUT INI JUGA KUAT,ELASTIK,DN SELESA DI PAKAI UNTUK KEGIATAN SEHARIAN.
MENGANDUNGI SINAR INFRA RED YG MELANCARKAN PEREDARAN DARAH DAN METABOLIMA,MEMBAKAR LEMAK BERLEBIHAN.MEMBENTUK TUBUH YG CANTIK


ANTARA KEBAIKAN NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT ♥:

♥ Mengecilkan perut dn melangsingkan pinggang
♥ Membakar lemak yg berlebihan
♥ Menaikan dn mengencangkan payudara & punggung
♥ Melancarkan peredaran darah dn metabolisma
♥ Mengurangi sakit pinggang dn tulang belakang
♥ Mengurangkn sakit ketika dtg haid



CARA PEMAKAIAN NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT ♥ 

* MULAKAN DARIPADA BAWAH SARUNG KE BADAN. 
* PAKAI SELAMA 8 JAM SETIAP HARI UTK MENDAPATKAN KESAN YG CEPAT.
BAHAGIAN BAWAH BODY SHAPER NI ADA LUBANG YANG MEMUDAHKAN ANDA UNTUK BUANG AIR. XPERLU BUKA SUIT UTK BUANG AIR. JUST SARUNG PANTIES DARI LUAR, KALAU NAK BUANG AIR, BUKA PANTIES MCM BIASA SGT MUDAH. :)

CARA PENJAGAAN NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT ♥ :

♥ Cucian tangan dengan menggunakan detergent yg mild (lembut)
♥ Perah dengan lembut, dan biarkan kering di bawah kipas atau tempat teduh (jgn direct jemur di bawah sinaran matahari)
♥ Jangan menggunakan peluntur, Jangan guna mesin basuh untuk elak kerosakan fabric


KESAN SELEPAS PEMAKAIAN NATURAL BAMBOO SLIMMING SUIT ♥ :




PERHATIAN !!!!

♥ Sila periksa body shaper anda sebaik sahaja diterima. 
♥ Body shaper yang rosak/koyak tetapi mempunyai kesan seperti telah dipakai tidak akan diterima semula dan wang tidak akan dikembalikan. 


BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA????
Sila SMS ke 019-6322311 ( CPM  Eyza) / emailkan ke : fz_fizam@yahoo.com


Monday 14 May 2012

Kepentingan Air di Dalam Tubuh Manusia


Air adalah amat penting untuk kesihatan anda, tapi berapa banyak yang anda tahu mengenainya???? Tahukah anda 70% daripada tubuh kita terdiri daripada air. Air digunakan oleh semua organ dalam badan kita untuk membantu mengawal suhu badan. Ia juga bertindak sebagai pelembab kulit & membantu supaya darah dapat berjalan dengan lancar keseluruh tubuh kita. Bagaimanapun, air akan hilang daripada badan apabila kita dalam keadaan berpeluh, bernafas atau pergi ke tandas utk membuang air. Oleh itu, kita disarankan untuk minum air ( air kosong ye kawan2) sekurang-kurangnya 2 liter pada setiap hari... kalau korang nak tau korang tu cukup ker tak minum air senang jek... jika urine korang tu tidak berbau & berwarna jernih ( very light gold) / atau xder kaler langsung (jernih..bukan Sinar Jernih S/B ye kawan2)  tu maknanya anda telah mengambil/.meminum air yg secukupnya untuk tubuh badan anda... Jika sebaliknya pulak, korang pikir2 lah sendiri yekkk.... :P

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan.

  • Minum dua gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman. 
  • Minum segelas (1) air masak- 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan dapat memberi ruang di dalam perut untuk kemasukan makanan. 
  • Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah..
  • Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.
Dalam situasi apa yang kita patut minum air lebih dari biasa ye?????
  • Jika cuaca terlalu panas, badan rasa tidak sihat ataupun ketika demam...
  • Ibu mengandung & menyusukan bayi.
  • Sebelum,semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti senaman..xkira la jogging ker/gym/poco2 ker minum air tu byk2 sket ye..coz masa kita melakukan senaman, air akn byk hilang dr badan kite.
  • Jika berada di didalam kapal terbang. Ini kerana udara di atas kabin sgt kering dan menyebabkan badan kita kehilangan air 1 ½ liter walaupun dalam masa perjalanan yang amat singkat.
  • Mereka2 yang mengamalkan /mengambil supplements tambahan. contohnya mcm vitamin C, B, E, Zink, GLA dan byk lagi laa...
Kesimpulannya, minumlah air yang secukupnya utk mengoptimumkan kesihatan badan kita sendiri, Selain dapat mencantikkan diri, ianya juga dapat memelihara kesihatan kita.!!! JOM Minum Air Kosong!!! 


Saturday 12 May 2012

Rahsia Cantik & Sihat dengan GLA Shaklee


Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.


 



Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni ??????
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
INFO MENARIK :
Shaklee tiada suplemen yang bernama EPO (Evening Primrose Oil)
tetapi Shaklee mempunyai suplemen yang dikenali sebagai GLA Complex

Asid lemak untuk wanita
Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan :
Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.

Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.
Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.

Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.
Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.
Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

Untuk Order, sila SMS kepada CPM Eyza : 019-6322311 / email kepada fz_fizam@yahoo.com/reddishine@gmail.com.
Anda akan mendapat konsultasi secara percuma jika membeli dari blog ini. =D

Salam Sayang,
CPM Eyza


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee