My Followers

Friday 8 July 2011

kenaNgaN!

Assalamualaikum....

Lagu ni byk meninggalkan kenangan kpd kiteorg berdua mase zaman2 dolu2 kala...Aku rase sgt tenang ble dgr lagu niyh..rase cam kembali balik pada masa tuuu hepi sgt..=) ..ayoooo jiwang plak engko kan...  Jom layan ~ Aku dan DiriMu~ BLC feat Ari lasso :


AKu DaN DiRiMu

Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita.....
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas
Antara kau dan aku, kita


Bubyeeeee....
:D

Thursday 7 July 2011

DoNuT Hair BuN

Assalammmualaikum.....

Dua hari lepas, aku menyempat jap g beli donut hair bun mase lunch. Aku beli 2 jenis, satu yg macam kuih donut dan satu lagi pulak jenis panjang....Ekceli, aku beli donut hair bun ni dengan harga yang murah sangat2....biasanya hair bun ni dijual dengan range harga paling minimum pun RM6 hinggalah mencecah RM25 dan mungkin more than that!!! Tapi aku beli murah jek....RM2 per pcs....hahhahahahaha....buat per la kite nak membazir beli something yg same jenis dan kualiti pada harga yang sangat mahal,lebih baik beli yg murah jek, jimat sket duit tu.......yang paling penting, jadilah pengguna yang bijak!!! jom layan pic Donut hair bun yang aku beli semalam kat bawah niyh...


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
sorry ler..gambar kurang berkualiti..gune hp jekkk


Ni video yang aku amik dr YouTube tentang camner cara nak memakai Donut Hair Bun ni..Oh yea, Donut hair bun ni jugak buleh digunakan untuk buat sanggul tinggi apabila memakai tudung/shawl..heeee....







Sekian, terima kasih...





Tuesday 5 July 2011

EtiKa Di Meja MaKaN ~MaJLis RaSMi~

 Assalammualaikum.....

Last month, aku berkesempatan la pergi ceramah BAKAT kat kem tempat hubby aku bekerja ekceli, aku terpaksa pergi ..  Aku pun da x igt la berapa hari bulan aku g ari tu, tapi yang pastinye  hari sabtu la...heeee Ceramah pd hari tu berkaitan dengan "Etika Pemakaian + Etika Di Meja Makan" ..errr..tapi baru hari ni aku nak share ngan korang pasal Etika Di Meja Makan niyh...

SEBELUM MAKAN
*   Keluar dan masuk hendaklah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk jek tauu.
*   Isteri duduk di sebelah kiri suami, kecuali di meja khas
*   Sebaik sahaja duduk (kerusi berhadapan ‘setting’) ambil napkin dan letakkan di atas riba dgn perlahan.
*   Jangan mengalih, membelek2 pinggan dan kutleri (untuk melihat jenama dsb) atau menukar susunannya.
*   Jangan lapkan pinggan/kutleri (ini akan menjatuhkan air muka tuan rumah/pihak hotel)

SEMASA MAKAN
* Makanan dihidangkan dari sebelah kiri anda.
* Minuman dihidang dari sebelah kanan.
* Pinggan kotor diambil dari sebelah kanan.
* Peraturan menggunakan kutleri ialah dari luar ke dalam.

CARA MENIKMATI SUP
*   Jangan meniup sup yang masih dalam keadaan panas. Biarkan ia sejuk dahulu.
*   Jangan mengangkat mangkuk dan menghirup sup terus dari mangkuk buruk benor rupenyer
*   Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, tundukkan kepala sedikit sewaktu menyuap sup.
*   Menyenduk sup ke arah tengah meja ( ke arah luar) dan dimakan dari sisi sudu.
*   Untuk memakan isi sup pula (sayur atau daging) boleh dimakan melalui hujung sudu
*   Ingat yeee…. sup tidak boleh dihirup hingga kedengaran bunyi.
*   Bila ingin memakan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan bukan dipotong dengan pisau. 
*   Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah kanan di sisi mangkuk.
*   Tunggu semua orang di meja mendapat makanan sebelum anda mula makan yeee…
*   Apabila memakan masakan utama seperti steak/ayam atau bahan-bahan pengiringnya, bahagian utama diletakkan hampir dengan anda
*   Potong kecil-kecil makanan utama dan suap ke mulut satu persatu
*   Jika hendak bertutur, letakkan kutleri sebentar, baru bertutur.
*   Apabila makanan diedarkan dari seorang ke seorang, memadailah anda mengambil bhgn yang terdekat je
*   Jgn meluahkan makanan yg telah dimasukkan ke mulut wlupun anda tdk menggemarinya. Jika tercekik tulang, cepat2 la g ke bilik air.
*   Tulang ikan/biji buah-buahan seperti tembikai jangan diludahkan ke pinggan. Keluarkan dengan jari telunjuk dan ibu jari tanpa membuka mulut (kedua bibir dirapatkan) dan letakkan di tepi pinggan  atau boleh juga diluahkan secara perlahan-lahan ke atas sudu makan.
*   Jika hendak meninggalkan meja sebentar, pastikan hidangan di hadapan anda telah dinikmati. Dapatkan keizinan daripada tetamu semeja. Keluar ke sebelah kanan dan letakkan napkin di atas kerusi.
*   `Dessert’ dan kopi hanya dihidangkan selepas semua tetamu selesai menghadapi hidangan utama.
*   Jika memerlukan krim/susu dan gula untuk kopi, tuang krim/susu dahulu,then barulah gula dan kacau perlahan-lahan.
*   Elakkan daripada merokok di meja makan, kecuali semasa menghadapi kopi 
*   Elakkan sendawa dan bersin di meja makan. Jika tidak dapat dikawal, tutup mulut anda dengan napkin, tunduk sebelah kiri dan bersin (atau cepat-cepat tahan nafas dengan memicit hidung).
*   Bercerita tentang makanan yang dinikmati selepas makan adalah tidak sesuai pada tempatnya.
*   Perbuatan suka mengambil ‘souvenir’ dari meja makan sebaik-baiknya dihindari.
*   Anda hanya boleh meninggalkan majlis selepas VIP meninggalkan majlis.
*   Letakkan napkin di atas meja (di sebelah kiri) sebelum anda meninggalkan majlis.

**** Gaya kita makan menggambarkan keperibadian kita. Makan bersama orang lain merupakan satu bentuk  perkongsian yang amat besar ertinya untuk mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa menikmati juadah.

Ok Stakat ni jek dulu ye... Daaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee