My Followers

Thursday 30 June 2011

InNeR AyuNar Sudah SaMpai!!!

Assalammualaikum

yeayyy..inner yang aku order dari Ayun Ayunar da pun sampai tengahari tadi...seronoknyerrr..... Ni masuk kali kedua aku order inner dari ayun ni...heeee....memang puas hati la pakai inner ni coz bleh buat muncung2 tu...n buleh jugak buat muke chummelll . Paling penting, pakai lame pun x sakit kepala ok...


Contoh pemakaian inner Ayunar..sila abaikan muke aku yg sememeh tu ye...

Klu nak silang2 cam ni pun buleh jugakkkk...

klu korang nak tau, warna bleh request ikut warna ap yang korang nak....tu yang buat aku suke tuuu....Pastu, material die pulak die perbuat daripada kain jersey serta mudah untuk dibentuk. Klu nak tau lebih lanjut, korang boleh la g kat website Ayunar ye....=)

Monday 27 June 2011

OuR 1st AnNiVErSaRy

Assalammualaikum


12 June 2011 Ni adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kiteorg!!!! =) Walaupun rase cam da basi tp aku nk jugak cite..hahhahahahaha.....=P 


Syukur alhamdulillah....kerana Allah telah menjodohkan kami berdua sebagai pasangan suami isteri yang sah dan direstui oleh keluarga kdua2 belah pihak....dan tentunya menjadi harapan semua pasangan suami isteri kat dunia ni utk hidup bahagia hingga ke syurga kan???  begitu la jugak kiteorg...semoga jodoh kami ni berkekalan hingga ke syurga dan di kurniakan zuriat2 yg baik & comel2...insyaallah....=)...


Diam x diam da setahun rupenyer aku kawen...heeeee...pantas betul masa berlalu...rase cam baru semalam jek aku menikah n bersanding..tapii..rupenye da 1 tahun laaaa... ay, eyza ko berangan jek kan????  . Aku happy dengan life aku sekarang...heee...kan berdua lebih baikkk....


layan la  gambo kawen aku niyh...yang da basi niyh..hahhahahaha...kiteorg xder la buat majlis grand2..biasa2 jekkk


Ni gambo kat sebelah umah aku...



Batu pahat yeee...


Ni kat umah melaka ( Sebelah lelaki)

Kat banda Hilir * tempat bermulanyer kisah kasih, suka & duka kami* kui3x sila muntah skang

Imbas kembali waktu mule2 kenal dulu..heeee...aku kenal ngan hubby aku ni kat PLKN UiTM Lendu...ahaks...ktorg bermula sebagai kawan2 jek....erkkk kawan ker??? entah la...xberapa nk pasti  aku "terjumpe" hubby aku ni mase modul "character building" pada 05 Apr 2004 8 ishkk aku igt tarikh niyh  . Kebetulan mase tu hubby aku ni satu kumpulan la ngan aku...Then da satu kumpulan tu cam biasa la ad sesi pengenalan la ap la...yg aku x boleh blah, kene ingt sume name kawan n tempat asal kwn2 tu..uhukk susah benor aku nk mengingatkan nyer..aku tulis dlm buku nota sume name kengkawan...hahhaha... tapi satu name jek yg aku x berape nk ingat -------> Z.A.M.R.I ....so aku pun slamber jek la tanye balik kat die, sape name die???? ...korang nak tau ap reaksi die???? buat derk jekkk sambil menundukkan muke die..alahaiiiiii......dlm hati aku hek eleh mamat ni bugjet hensem la tu..xpon dia igt aku nk ngorat die kottt...pastu malas aku nk tanye lg.... da esoknye slamber jek die marah2 kat aku pasal girl fasilitator merajuk coz disebab aku....aku mule ar nk panassss..pasal si fasilitator yg gewdik tu aku plak yg kene bahan..terkejut jgk ar aku, ad suara rupe2 ye mamat niiii...ingatkan xder suara........hahhahaha..lawak la mamat ni, makhluk paling pelik la yg pernah aku jumpe...

disebabkan kes tu, aku mmg x bertegur sapa la ngan hubby aku ni...hhahahhahaha....kebetulan petang tu, kumpulan dirombak semula, n aku n die da x satu kumpulan la.....yahhooo..xyah lg aku nk dok nyampah kat die...so aku pun teruskan la kehidupan aku cam biasa...di kelilingi klik2 yg ramai.....seronok sgt2 mase zaman tuuu....kepelikkan mule berlaku bile, die sering jek mengekori aku, yg aku x boleh blah slamber jek die minta no tipon aku...HELLO!!!! mmg x ar aku nk bg, coz aku still bengang dgn die kan....

TAPI....

TAPI....

TAPI....

die memang sorg yg reti putus asa, die sentiasa mengekori aku...n sentiasa nk cari peluang nk dekati aku...padahal time tu melambak kot peminat die terutama skali R******...sampai aku pun naik meluat la ngan aksi2 gegel yg gedik2 tu..meluat ker jeles aku pun xsure la  mengada jek lebih..eeeeiiiiiii..menyirap betul aku!. Di pendekkan citer, hubby aku ni try minta no tipon aku lagi..., tah cam ner aku pun bleh tergerak hati nk bg no tipon aku yg mahal tu...kire tukar2 no tipon la... hhehehehe

Sejak dari tu, die suke main miskol2 ....menyampah betul aku org main miskol2 ni...tiap2 pagi n malam miskol...malas betul aku nk layan....ishkkkk.... klu tipon pun just nk say " good night, jg diri baik2...& saye rindu awk" ouccchhhh....mamat ni sedar ker ap yg die ckp niyh...layan jek laaaa...aku kan single.....

lepas 3 bulan, PLKN tamat....die blah cam tu jek xckp ap2 pun kat aku...even say " good bye", aku pun buat derk jek la...aku dok sibuk bersalam2 n jumpe klik2 aku,kire aku sibuk ngan dunia aku sendiri jek laa....  1 bulan selepas tamat PLKN. aku pun da bekerja, tah nape, tetiba die kerap call aku waktu aku lepas balik keje , atas alasan sesaje....ye ker???? hahhahahha..aku cam biasa, layankan jek laaaaa.....

Lame2 dr atas dasar kawan tu ad keserasian &persefahaman, so perhubungan tu berterusan la sampai aku sambung study balik..kebetulan pulak aku ditempatkan kat melaka jugak....alahai...... suke la die....tapi mase tu kiteorg masing2 wat hal sendiri, die sibuk ngan latihan tentera, aku plak sibuk dgn buku n kertas aku la kan... cume yg die sempat pesan kat aku mase sebelum die masuk tentera, klu ad jodoh antara kita, xkan kemana n die suh aku tunggu die....

Disebabkan pesanan tu la aku menolak mane2 lelaki yg nk nk couple ngn aku, maaf yer kepada mereka2 yg pernah terasa hati ngan penolakkan aku dulu...maaf jugak kerana mengecewakan kamooo...tp saya bercakap benar, hati saya milik milik org lain n saya tidak boleh menipu diri saya sendiri...even saya pun x pasti org yg saya tunggu tu benar2 sayangkan saya atau sebaliknya........bg aku klu jodoh xkan kemana2....

lepas abis study, aku terus dpat keje, n lebih kurang setahun pastu atas persetujuan family jugak kiteorg bertunang pada 28 nov 2009 dan atas persetujuan keluarga dan dengan izin dari-Nya juga, pada 12 June 2010 kami di nikahkan dlam majlis yg sederhana, tetapi cukup meriah....Alhamdulillah...akhinya kami disatukan..setelah melalui pelbagai suka duka yang hampir meranapkan semua impian kami disebabkan oleh perasaan dengki makhluk Allah yg benci melihat akan kebahagiaan kami....

Kepada makhluk Allah yg pernah menaburkan fitnah tu, aku redha dgn ap yg ko da buat kepada ktorg, tp satu jek aku nk igtkan, ap yg ko buat kat ktorg tu, ko akn dpt balik...

Sekiannnn~~~~

Monday 20 June 2011

ApE tu EPO?????????

KORANG KENAL TAK APE BENDE ALAH NIYH?????

Taraaaa..... Ni lah, namanya Evening Primrose Oil  (EPO). EPO ni baik untuk kesihatan wanita tau…..klu nak tau lebih lanjut, jom la baca info kat bawah ni…….=)

Evening Primrose Oil adalah minyak yang diekstrak dari bijian tumbuhan Evening Primrose atau nama saintifiknya adalah Oenothera biennis. Tumbuhan ini berasal dari benua Amerika Utara serta tumbuh sekitar Eropah dan hemisfera selatan. Bijian dari tumbuhan ini kaya dengan asid gamma linolenik (GLA) iaitu sejenis asid lemak iaitu (essential fatty acid). GLA adalah diperlukan oleh tubuh kita untuk proses pertumbuhan dan pengembangan dan perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.
Gamma-linolenik asid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak yang berasaskan tumbuhan. Ianya tergolong di dalam asid lemak (essential fatty asid) yang diperlukan oleh tubuh badan kita kerana GLA tidak dapat dihasilkan dengan sendirinya  oleh tubuh kita, jadi bekalan GLA perlu diperolehi dari pemakanan seharian kita.

Bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, Omega-6 memainkan peranan penting di dalam fungsi otak serta untuk proses pertumbuhan dan pengembangan tubuh kita. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid (PUFAs), ia membantu meransang pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat, megawal metabolisma badan, dan mengekalkan kesihatan sistem peranakan/pembiakan.

Kenapa GLA yang terdapt dalam EPO berbeza dengan Omega-6 yang lain?
Terdapat banyak jenis asid lemak yang tergolong dalam asid lemak Omega -6 seperti linoneik asid (LA) arachidonic asid (AA), gamma-linolenik asid (GLA) dan banyak lagi. GLA berbeza dengan Omega-6 yang lain kerana GLA berperanan mengurangkan kadar keradangan (inflamation) manakala LA dan AA menaikan kadar keradangan.
Apabila anda mengambil makanan tambahan GLA terutama daripada EPO, di dalam tubuh kita, GLA tersebut akan ditukarkan kepada bahan yang dipanggil DGLA yangberfungsi mengurangkan keradangan.  Mempunyai cukup nutrient seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 dalam tubuh kita membantu pertukaran GLA kepada DGLA.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO
o    Mengurangkan radang dan sakit sendi
o    Melegakan sclerosis
o    Kanser terutama kanser payudara
o    Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

Maklumat Pengambilan

Secara umumnya kita perlu memastikan mendapat nutrient yang seimbang antara omega-6 dan omega-3. Ratio/julat yang seimbang antara omega-6 kepada omega-3 adalah 2:1 sehingga 4:1.Korang xley amik sesuke hati tau..kene tanye kepada yang pakar......

Untuk Kanak-kanak:
Untuk masalah kulit atau ruam, dos disarankan adalah 2000-4000mg EPO (dalam bentuk kapsul)sehari . Pengambilan EPO tiak digalakkan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah. Telah dilaporkan pengambilan maksima EPO tidak boleh melebihi 0.5 gram/kg berat badan sehari. Oleh itu disarankan berbincang dengan pengamal perubatan sebelum memberi makanan tambahan kepada anak anda.

Untuk Dewasa plak:
Eczema atau atopic dermatitis : Evening primrose (EPO) 4,000 - 8,000 mg sehari.
Rheumatoid arthritis: Evening primrose oil (EPO), 3,000 mg sehari.
Diabetes: Evening primrose oil (EPO), 5,000 mg sehari.
Mastalgia (ketidakselesaan, sensitive dan kesakitan payudara) atau simpton pra haid (PMS): Evening primrose oil (EPO), 3,000 - 4,000 mg sehari.


P/S : Sharing is caring...=)

Saturday 18 June 2011

JeRaWaT?????????


        Lately ramai sangat2 yg tanye muke aku nampak clear dr jerawat,ap rahsianye????? sesape yg kenal aku dari mase zaman2 bujang laaaa yang kerap bertanya Ad petua ap2 ker nk hilangkan jerawat?????Pakai produk ap???? Ishkk3x..aku pun x reti cam ner nk terangkan and tetibe terfikir nak kongsikan ap yg aku gune sehingga jerawat kat muke ni agak bersih sket berbanding dulu.
Jerawat kat muke aku ni start teruk menyerang ketika aku berumur 19 - 20 tahun *percaya ker x???? * hahahha maybe ad yg percaya n maybe ada yg  xcaya pun coz umo aku da nk  jejak 20 tahun mase tu aku dalam semester 3…semakin hari jerawat aku niyh makin teruk..klu baik pun hanya bertahan 1 bulan jek..pastu teruk lagi,lagi teruk n teruk lagi….macam2 produk yg aku gune, dr st ives,bio fair la , sendayu tinggi la,eumora la n segala2 mak nenek ubat kat farmasi aku gune, dr moden sampai la traditional sume x menjadi…time tu aku rase cam da xder semangat jek , stress sume ad..yer la, muke aku berjerawat teruk, semua org dok tegur muke aku yg huduh tuuu….sampai ble balik kampong, pakcik aku pun siap xcam aku….. sedih sgt 2 time tu.....huaaaa aku sangat jeles ble tgk gegurl nk muke flawless, gebu n licin n paling penting BEBAS DR SEGALA JERAWAT….

Tapi, semua tu berakhir ble aku terbaca satu artikel kat dalam surat khabar ( errr…tapi aku da xigt la surat khabar ap) . Esoknye lepas balik keje, aku bergegas drive ke Seremban *sanggup tu drive dlm keadaan yg penat2, * n ditemani housemate aku ( mira) gi mencari lokasi yg dinyatakan.  Cari2 punye carik, akhirnye jumpe jugakkk *yeayyyy* .  Dipendekan cerita, Dr tu tanye latar belakang aku, perkerjaan aku, pemakanan n banyak lg la die tanye…pastu die bg aku nasihat, klu berkaitan dengan masalah jerawat ni kene byk2 bersabar…coz bukan semua jerawat boleh pulih dgn cepat….jgn strees…asas penjagaan muke tu mesti betul & jgn abaikan penjagaan asas muka tu…Dr tu ckap, kene guna produk yg sesuai dgn muke…dan diikuti dgn ubat antibiotic, krim siang & krim malam yg dibekalkan kepada aku. Pengambilan ubat ni mesti dengan cara teratur tau,xley ngelat2…klu nk cepat baik, kene ikut peraturan….berikut adalah produk2 yg aku gunekan:

1) Atibiotik - Ubat die warna hijau, tp aku pun x igt laaa ap name die......huhuhuuhuhuhuhuhu. Tp yg ni xley amik sembarangan jek..Dr akan bg berdasarkan masalah jerawat yg kite hadapi....but sorry..gambo xder plak ar nk tunjuk kat korang cam ner rupenyer....

2) Gel/ Cream Jerawat
Haa...ni ler rupe cream & gel jerawat yg aku guna tu.....


TIDACT tu digunakan hanya pada waktu siang jek..Cara pemakainnya, selepas cuci muka, baru leh sapu gel niyh...by the way, korang xley campur2 ni ngan produk2 lain...cam aku dulu..aku free kan muke aku dr sebarang make-up.just bubuh gel ni kat jerawat2 tu and pastu bubuh loose powder jek kat muke, nk bg muke aku ni xnampak kusam sgt la kan...sebenarnyer x bleh..tp aku buat jugak...


TRETINON pulak hanya digunakan pada waktu malam jek tau..selepas cuci muke, baru la apply cream ni kat jerawat korang tu..then baru tido.. Ermmmm..but i am not so sure la samaada cream & gel ni boleh didapatkan/dibeli  kat farmasi2 biasa ker x...coz aku hanya mendapatkannya kat Klinik tu jek...heee...


3) EPO = Evening Prim Rose
Dimakan 1 biji jek pada setiap hari pagi / malam. heee..EPO ni bleh didapatkan kat watson/guardian/kat mane2 farmasi pun aku rasa ad jual.... tp jgn la pi cari kat kedai ubat cina yg jual akar kayu tu pulak....heeeeeeee :P

Selepas aku mangamalkan secara teratur selama lebih kurang 4 bulan, muka aku da menunjjukkan perubahan positif, jerawat yg memerah tu mula berkurangan, pastu jerawat baru pun da xder tumbuh lagi dah...sukeeeenyer aku....heeeee....klu ad pun jerawat tumbuh, time nak period jek..pastu die akan hilang dgn cepat...tp kena la sapu dgn ubat gel/cream jerawat tu bg menggelakkan die berjangkit.....

pas muke aku da bersih dr jerawat, aku pakai produk NUTOX plak.....fuyoooo..best gle ar pakai produk ni...muke jd bersih dan look fresh jek beb..n membantu mengurangkan kesan memerah pada muke aku niyh... but kesannyer xsama tau ngan sume org, bgantung pd jenis kulit laaa...cam aku, kulit aku serasi ngan NUTOX niyh...heeee

errr..serasi2 pun aku terai gak produk lain...coz aku rase cam susah jek nk cari produk NUTOX ni kat Port Dickson. Skang ni aku just pakai Safi Balqis yang warna biru tu dengan krim safi tutup hijau tu jek...and aku rasa serasi pakai produk safi ni n ok dgn kulit muke aku...hhahahhahahaha...

Ap pun, bagi korang2 yang mengalami masalah jerawat yg serius, jgn terlalu stress ok...korang patut cari pakar kulit/ Dr yang bertauliah yg boleh merawat masalah jerawat ni....Insyaallah mesti akan pulih punye...yg penting SABAR n USAHA ok!


P/S : Make sure pengambilan sebarang ubat-ubatan adalah dibawah pengawasan Doktor sahaja yeee...

Friday 17 June 2011

Tips Nak Bagi Hadiah Perkahwinan

Start bulan June hingga July, jemputan kahwin "aku terima nikahnye" pun melambak2 la jugak memenuhi kotak post kat depan umah tu ( siap ad yg da rosak akibat terkena dek ujan..)...ye la...kebiasaannya waktu2 cuti sekolah ni mmg tarikh favourite bagi bakal2 pengantin nk melangsungkan perkahwinan...( same la cam aku dulu gak...kui3x). Wokey! berbalik kepada tajuk asal, pastinye korang2 sume termasuk aku skali pening nk bagi hadiah ape la hadiah yg sesuai nk diberikan kat kwn2/sedara mara/kaum kerabat/akak/abg yang bakal berkahwin kan3x???? betul x????? heeee...ni ad beberapa tips utk korang2 yg blur,xtau nk bg hadiah ap kat pengantin tu...hahhahahahahha....

**** Korang bagi la sesuatu yg boleh digunakan dan practical.
**** Lain daripada yang lain 

KENAPA????????

Aku ckp ni berdasarkan pengalaman aku la kan...kebykkan org akan bagi sesuatu yg typical utk dijadikan hadiah kepada pengantin CONTOHNYE: Gelas 6 biji tu ...tgk kotak pun da tau ap isinye...so mcm x suprise la kan, bukan nk kate hadiah gelas 6 biji tu x bagus, tp lebih baik kite bg sesuatu yg lain dr kebiasaan yg bleh digunakan oleh si penerima hadiah utk masa akan dtg...heheheehheheh...Hadiah tu x mahal xper, tapi berbaloi n yg paling penting hadiah tu xder la dok kat stor/almari jek...


Salah satunye:

1) Lesung batu - Time aku kawen,ad kenalan yg menghadiahkan aku lesung batu niyh...terima kasih byk2 yea..sangat2 berguna hadiah kamu itu...buleh digunakan utk menumbuk sambal dll la...heeee

2) Set Cadar katil - Yang ni klu bagi 10 kat pengantin pun confirm akan dipakai,xder simpan2 punye...xrugi hadiahkan kepada pengantin tau...ikut la bugjet korang, klu mampu beli memahal,beli la....klu bugjet xcukup,yg biasa2 pun xper...ap2 pun, terima kasih jugak kepada kwn PLKN aku n Pn Siti Min yg bg aku hadiah cenggini.Sukaaaaa....

3) Tuala Sepasang - Hadiah cam ni pun ok beli jek kat jusco tu melambak2 korang pilih jek la kaler ap yg korang nk beli...coz kengkadang pengantin pun lupe nk beli tuala utk diri sendiri...hahhahaha....Aku pn dpt hadiah tuala sepasang ni..kaler Grey...i like sooo much...i pakai tawww...terima kasih kpd si pemberi hadiah...

4) Dapur Gas - hadiah cam ni lagik ok,mahal ke murah ke xpenting.Sannngggattt berguna tau bg pasangan yg nk memulakan kehidupan baru yg segala2 bermula dr 0 . Aku dpt 2 unit dapur gas nih...hahhahaha...klu yg skang aku pakai ni rosak, aku pakai la yg lagik satu tu...hhihiihihihih.....

5) barangan Elektrik - Yang ni pun ok jugak klu diberikan kpd pasangan pengantin, tapi kemungkinan akan sama dengan org lain tu agak besar la...heeee..tp xper kot pd aku coz barangan letrik zaman skang ni bukan tahan lame pun :P


6) Hiasan Dinding - Hiasan dinding ni buleh la digunakan oleh pengantin utk letak kat umah baru mereka nti...xder la umah tu kosong jek.....

7) Bantal -Hadiah ni pun menarik jugak..ad bran????

8) Cutlery set - Ni ponn antara gift yg menarik utk diberikan...coz, jarang sgt2 org nk bg pengantin hadiah cenggini....very exclusive ~~~~


Kesimpulannye, ap pun hadiah yg korang bagi, yang penting adalah "keikhlasan" korang dalam memberi hadiah, bukan sebab nk menunjuk2 kat org lain yg korang beli hadiah yg memahal tu...n percayalah, pada si pengantin yg penting adalah kesudian korang hadir ke majlis bersejarah mereka & mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan mereka tu adalah penting. Majlis jadi lagi seronok ble si pengantin tgk wajah2 insan2 tersayang yg sudi memeriahkan majlis.Rasa sgt2 terharu beb!. ;) psssttt aku ckp berdasarkan pengalaman niyh tau....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tuan punye blog :kisahoneydanbee